kuc1
 
Hubungi/Whatsapp:  013-2289618

"Sayangi kucing terbiar, lindungi mereka"









PENGENALAN



1.    Pusat Kawalan dan Penjagaan Khas Kucing Terbiar ini dibina pada 17 April 2017 di satu kawasan yang cantik, bersih, indah, sejahtera yang mengekalkan suasana hijau alam sekitar semulajadi.

2.    Pusat ini menempatkan kucing-kucing terbiar/ jalanan yang berada di flat/kawasan perumahan dan dimana saja mereka berada supaya lebih sempurna makan, minum dan tempat tinggal yang selamat.

3.    Kucing-kucing yang sakit, luka, kurap dan yang mempunyai masalah kesihatan yang lain diberi rawatan oleh Doktor Vetariner supaya ia cepat sembuh.  

4.    Pusat ini boleh menempatkan dengan selesa sehingga 100 ekor kucing terbiar/ jalanan dengan kemudahan yang cukup.  Kucing dari rumah juga boleh diterima dengan sedikit bayaran sumbangan yang akan dimaklumkan oleh Pusat Jagaan.  

5.    Terdapat kucing-kucing pelbagai latarbelakang ada yang cacat anggota, cacat penglihatan, sakit, luka, ibu dan anak (baby) dan lain-lain.

6.    Pusat ini menjadi sumber inspirasi sebagai Pusat Rekreasi dan Riadah yang sering dikunjungi oleh komuniti setempat, warga kota Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor, wartawan/media dan pemimpin (VVIP).

7.    Terbuka untuk kunjungan/lawatan setiap hari mulai jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang.  Masuk PERCUMA.

8.    Jom... bergambar dengan kucing, bermain dengan kucing, melihat telatah kucing dan memberi makan kucing.  Dari sudut sains kucing-kucing dapat menghilangkan `tekanan' dan sebagai terapi minda segala semulajadi.

9.    Pusat ini telah mendapat `pengiktirafan' oleh Persatuan Haiwan Malaysia (Malaysia Animal Association) dari segi penjagaan kucing terbiar/jalanan.

10.    Sayangi kucing terbiar, lindungi mereka di mana sahaja
mereka berada.




KOLEKSI BERGAMBAR

 
"Jom...bergambar dengan kucing, bermain
 
dengan kucing, melihat telatah kucing dan

memberi makan kucing"




'Scroll' di bawah untuk lihat lebih banyak gambar >>>>>>>



















TERIMA SUMBANGAN IKHLAS/AMAL JARIAH


KEPADA PUSAT KAWALAN DAN PENJAGAAN KHAS

KUCING TERBIAR









PENGIKTIRAFAN



PENUTUP



Ramai yang bertanya bagaimana ingin menyumbang/
amal jariah/berkongsi pahala samada makanan kucing @
sedikit kewangan untuk membantu pengurusan
Rumah Kucing ini.  


Bersama ini saya sertakan maklumat sekiranya ada
YBhg Dato' Seri/Tan Sri/ Datuk/ Datin/Tuan /Puan /Encik/Puan/Cik
yang ingin menyumbang untuk amal jariah dialu-alukan samada
makanan kucing atau bantuan kewangan membeli makanan dan perubatan kepada kucing-kucing terbiar di Pusat ini.


# Makanan Kucing:  

PRODIET, GLORY CAT, LOVE CAT, POWER CAT,
SMART HEART, MAKAN TIN,
MAKANAN PAKET, PASIR KUCING DAN LAIN-LAIN.



# Sumbangan Kewangan seperti tersebut di bawah:



   
    No Akaun Bank:    14210023732100

   Nama Bank:          BANK ISLAM

   Nama:                  ABDUL HALIM BIN MOHAMED NASIR

   No Telefon:           013-2289618 (Whatsapp slip untuk simpanan)



UCAPAN PENGHARGAAN

**Terima kasih diucapkan kepada YBhg Dato' Seri Hj Mohd Shafie
bin Abdullah (Kuala Lumpur), Sya Zulkifli (Kepong), Aisyah (Gombak), Aida (Wangsa Maju Sek 1) dan Siti Arfah (Taman Melati),
penduduk PPR Wangsa Sari dan mereka-mereka yang tiada
dalam gambar kerana telah bermurah hati memberi sumbangan makanan @ wang ringgit kepada kucing-kucing terbiar/jalanan
yang tinggal di Pusat ini.
**


    " Semoga Allah meluaskan rezeki di dunia dan memberi
ganjaran pahala yang besar

      di akhirat di atas sumbangan ikhlas dan amal jariah
kepada Pusat Kawalan dan

      Penjagaan Khas kucing terbiar/jalanan".

Aaminn



PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN 




ABDUL HALIM BIN MOHAMED NASIR

Pengurus,

Pusat Kawalan dan Penjagaan Khas Kucing Terbiar,
PPR Wangsa Sari, Jalan 2/27A, Wangsa Maju Seksyen 1,
53300 Setapak, Kuala Lumpur.

Nombor Telefon/SMS/whatsapp yang boleh dihubungi:

013-2289618

Email:

halim.huhu64@gmail.com

Facebook:

http://www.facebook.com/pusat kawalan dan penjagaan khas
kucing terbiar



Ingin mengunjungi tempat rekreasi/

riadah
berkenaan?


"Jom...bergambar dengan kucing, bermain dengan kucing,
melihat telatah kucing dan memberi makan kucing"

Waktu Kunjungan/Lawatan:  

10.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari.  
Sebelum datang mohon hubungi/whatsapp
nombor handphone tersebut di atas.


 Masuk `PERCUMA'.




"Sayangi Kucing Terbiar"




"Sayangi kucing terbiar, mereka tidak meminta,
 
kitalah yang menyediakan untuk mereka"



@Hakcipta Terpelihara 2021